ISU : Guru Professional

Sunday, November 21, 2010


Soalan : Berdasarkan pengalaman anda sila beri pandangan peribadi anda adakah jawatan guru layak dianggap sebagai jawatan profesional? Berikan alasan untuk memperkukuhkan jawapan anda ?

Pada pandangan saya, jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan profesional. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana, ciri-ciri pekerjaan ini banyak mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang profesional. Mungkin sesetengah orang yang tidak terlibat dalam profesion ini menganggap pekerjaan ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar sahaja. Namun, sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini, barulah mereka sedar bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengajar, tetapi perlu juga melakukan banyak tugas lain yang bukannya senang untuk dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman.

Mengapakah sesetengah masyarakat tidak memandang pekerjaan guru sebagai profesional sedangkan mereka tidak tahu tugas guru sebenarnya? Pendek kata, tugas seorang guru bukan hanya mengajar semata-mata, malah boleh juga melakukan tugas-tugas golongan profesional yang lain, contohnya menjadi doktor, akauntan, eksekutif, hakim, polis, jurutera, kerani dan sebagainya.

ISU:Rukunegara

Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat.

Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:

"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN

4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh serta diserapkan nilai-nilai murni dan norma-norma masyarakat dalam proses pendidikan dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara kaum. (http://www.scribd.com)

KPLI Update : Teras Perkhidmatan Cemerlang

Teras perkhidmatan cemerlang dalam profession perguruan:

1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan

2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab

3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri

4. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan

5. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara

6. Berpegang teguh kepada ajaran agama

ISU : fALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggung jawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa penting usaha menuju kepada arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Matlamat FPG

-Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan.

-Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan

-Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berkesan.- Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Falsafah Pendidikan Sekolah

1. Mewujudkan suasana sekolah yang ceria, selesa dan mesra untuk membolehkan anak murid menimba ilmu sambil mempelajari nilai-nilai yang murni. Dengan adanya anggapan bahawa sekolah adalah rumah kedua mereka, anak murid akan suka ke sekolah dan menjauhkan diri daripada terlibat dalam kegiatan sosial yang berunsur negatif.

2. Menggalakkan anak murid mengamalkan semangat berpasukan yang jitu untuk mewujudkan "Masyarakat Penyayang" di sekolah.

3. Melatih murid-murid bertindak dengan cepat dan penuh keyakinan terhadap segala proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P), di samping bersedia menghadapi sebarang cabaran dan rintangan, selaras dengan falsafah kerja yang diilhamkan oleh Guru Besar, iaitu "Work Samrt, Masa Jimat. Act Fast, Hati Puas".

4. Berusaha memupuk minat belajar yang berterusan di kalangan anak murid, selain menyalurkan semangat mencintai diri, mencintai keluarga, mencintai sekolah dan mencintai negara di sanubari setiap anak murid.

5. Membimbing anak murid supaya menjadi golongan yang berinisiatif serta berfikiran lebih kreatif dan inovatif.

6. Membimbing anak murid agar berjaya meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum agar dapat melengkapkan diri sebagai bakal pemimpin yang sihat, yang berilmu, yang bermoral, yang bermaklumat terkini dan yang berkemahiran atau berkepakaran.

7. Melatih anak murid agar peka terhadap perubahan dan perkembangan semasa, khususnya dalam bidang sains dan teknologi baru.

8. Memupuk minat anak murid dalam bidang kebangsaan seperti muzik, senilukis & kraf tangan, tarian & nyanyian, senaman dan sebagainya.

9. Memastikan semua anak murid berupaya menguasai kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira dengan sempurna, di samping menguasai kemahiran berkomputer sepanjang 6 tahun belajar di sekolah ini.

10. Mendidik anak murid supaya dapat membantu merealisasikan matlamat dan cita-cita Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020 negara kita.

*Falsafah Sekolah ini diwartakan pada bulan September 2002.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

tercetus pada 1979 menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet

mengandungi prinsip, nilai, hala tuju pendidikan

pentingnya kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaan

jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang harus diberi penekanan dalam aspek pembangunan

Terdapat 3 dasar yg mengstrukturkan FPK

-Rukunegara

-Dasar Ekonomi Baru

-Dasar Pendidikan Kebangsaan

FPK Ditubuhkan pada 1988

FPN – FPK

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.“

Matlamat

Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

1. Percaya dan patuh kepada Tuhan

2. Berilmu pengetahuan

3. Berakhlak mulia

4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara

5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu:

Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara

Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan

1. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan

2. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara

Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum

3. Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM

KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah :

Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa dititikberatkan

Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap matapelajaran yang di ajar di sekolah.

Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

1. Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum diperkenalkan

2. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional

3. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum

4. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan

5. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan

6. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan

7. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris

8. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

Implikasi terhadap pendidik

-Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :

-Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan

-Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.

Implikasi terhadap institusi pendidikan

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. Ini meliputi :

-Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang

-Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.

Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

ISU : Keberkesanan penerapan nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Memandangkan penerapan nilai telah lama dilaksanakan dikalangan pelajar, baik melalui ibubapa, guru ataupun masyarakat, hari ini kita telah dapat melihat beberapa bukti yang menunjukkan sejauhmana keberkesanan ataupun ketidakberkesanan penerapan tersebut.

Adakah matlamat FPN untuk melahirkan insan yang seimbang dan hamonis telah tercapai? Jawapannya, "Ya" dan "Tidak", ini kerana walaupun penerapan nilai telah disemai dan dilaksanakan namun masih ada yang tidak mengamalkannya walaupun mereka telah menerimanya. "Ilmu tanpa Amal", tiada ertinya.

Antara bukti keberkesanan yang telah kita dapat lihat pada hari ini ialah semakin ramai golongan remaja kita yang berakhlak mulia walaupun mereka dipengaruhi oleh pelbagai godaan untuk memencongkan nilai murni pada diri manusia. Golongan remaja yang awal 20-an sekarang adalah mereka yang telah diterapkan dan diberi penekanan mengenai penerapan nilai-nilai murni semasa di sekolah dahulu. Hasilnya kita lihat pada hari ini adanya kesedaran daripada golongan remaja sendiri untuk membenteras kepincangan yang dihadapi oleh segelintir rakan mereka yang masih dipengaruhi oleh nilai yang tidak elok. Misalnya, dalam industri muzik yang sentiasa mengulit remaja dengan lagu-lagu dan muzik terkini seperti rock, dang-dut, dan lain-lain. Tapi ada juga remaja yang sedar dan cuba menarik dan menutupinya dengan mengalunkan lagu-lagu dakwah dengan memuji kebesaran Illahi seperti kumpulan Rabbani, Raihan, Hijjaz, Hawa dan sebagainya. Perkembangan kumpulan pemuzik dakwah ini sekurang-kurangnya menunjukkan adanya kesedaran dan kejayaan pemupukan nilai murni.

Dari segi ekonomi misalnya, kanak-kanak sekolah begitu perihatin terhadap kelemahan dan kesusahan orang lain. Penerapan nilai murni yang mereka terima membantu menyedarkan mereka untuk menderma, menolong dan perihati terhadap masalah yang wujud tanpa mengira siapa. Contohnya, "Derma Hari Pahlawan" yang selalu di buat oleh kanak-kanak sekolah , menunjukkan disamping mereka menderma mereka bekerjasama membantu memungut derma tersebut. Ini menunjukkan satu inesiatif yang baik dalam menyemai nilai-nilai murni.

Anugerah "Tokoh Kanak-kanak", "Pingat Hang Tuah", "Olahragawan dan Olahragwati" dan lain-lain anugerah menunjukkan nilai-nilai murni yang disemai dan keberkesannanya kerana penganugerahan itu diberikan berdasarkan kepada sikap, sifat dan pencapaian yang baik yang ditunjukkan.

Yang paling jelas kita lihat sekarang ialah nilai saling hormat menghormati yang ditunjukkan oleh remaja kita kepada ahli masyarakat. Melalui penerapan nilai di sekolah-sekolah, ramai pelajar yang dapat menerimanya. Misalnya mereka prihatin dalam menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka pandai menyesuaikan diri dalam sesuatu kelompok tertentu agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

Namun demikian tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua nilai-nilai murni yang diterapkan di sekolah-sekolah atau di rumah itu diterima pakai oleh pelajar kita, sebab masih ada yang menunjukkan kesan yang negatif. Masalah-masalah sosial yang semakin meningkat sekarang menunjukkan kesukaran mereka melaksanakan nilai-nilai murni tersebut walaupun mereka mengetahuinya, tetapi tidak dipraktikan. Ini berpunca daripada beberapa faktor tertentu seperti ibubapa, institusi sekolah sendiri, guru dan masyarakat dan pelajar itu sendiri.

Ibubapa misalnya mereka walaupun telah menyemai dan menanam nilai-nilai murni dalam jiwa anak mereka tetapi tidak menggalakkan mereka untuk mengamalkan adalah sesuatu yang tidak wajar.

Begitu juga guru-guru dan masyarakat. Mereka tidak begitu memberi perhatian terhadap nilai-nilai yang asas atau kecil. Mereka memandang ringan atas beberapa kesilapan kecil yang dilakukan dan kurangnya penerapan. Guru misalnya, mereka sekadar mengajar mengenai nilai-nilai murni kepada pelajar sedangkan mereka sendiri tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Sikap individu atau pelajar sendiri yang ambil mudah (sambil lewa) terhadap penerapan nilai murni ini. Misalnya mereka mempelajari sesuatu subjek itu adalah sekadar exam-oriented, hanya untuk lulus peperiksaan, bukannya memahami dan mempraktikkan apa yang dipelajari. Ada segelintir pelajar yang suka dipaksa untuk melakukan sesuatu perkara, maka dengan tidak adanya paksaan samada dari ibubapa ataupun guru menyebabkan mereka melalaikannya.

ISU :KONSEP JERIS

Keseimbangan dalam aspek JERIS boleh dicapai dalam proses P&P. Keseimbangan dalam aspek jasmani dipupuk melalui matapelajaran pendidikan jasmani. Pendidikan jasmani merupakan salah satu cara untuk memupuk jasmani dalam pendidikan.

· kerajaan memberi suntikan vaksin dan antibodi percuma di sekolah-sekolah

· Kerajaan mewajibkan semua pelajar di Malaysia mempelajari subjek Pendidikan Jasmani agar setiap rakyat Malaysia yang lahir mempunyai pengetahuan asas tentang kesihatan dan kecergasan serta kepentingan mempunyai tahap kesihatan yang sempurna.

· Bagi menguatkan fizikal sekolah sepatutnya melakukan senaman regangan sebelum memulakan pelajaran.

· Aktiviti merentas desa harus dilakukan setiap bulan.

· Pemantauan kesihatan daripada penguatkuasa kesihatan Malaysia adalah perlu.Kantin-kantin sekolah juga dilarang menjual makanan segera dan makanan rapu.

· Multivitamin juga sepatutnya dibekalkan oleh kerajaan kepada setiap pelajar di Malaysia secara percuma untuk menjamin tahap kecergasan pelajar.

ISU: Hubungkaitkan bagaimana pendidikan jasmani membantu pembentukan individu dari segi jeris?

JERIS adalah singkatan bagi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Sukatan pendidikan jasmani digubal dengan begitu teliti supaya aspek JERIS dapat dicapai melalui segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dalam aspek jasmani, kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

Aspek emosi, rohani dan intelek pula dapat dibentuk dalam diri individu apabila murid dapat memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum.

Penerapan nilai-nilai murni dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pembentukan sosial individu. Nilai-nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah selaras dengan kehendak matlamat mata pelajaran ini. Antara nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah semangat kesukanan, permainan bersih, toleransi, semangat berpasukan, disiplin, berdaya saing, kepemimpinan dan penyertaan.

ISU : Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bukanlah suatu perkara yang baru. Seingat saya, beberapa siri taklimat berkenaannya telah dibuat sekitar akhir tahun lepas (2009) lepas dan saya sendiri telah menghadiri taklimat pertama bagi seluruh negeri Sabah yang melibatkan salah satu sub-NKRA berkenaan. Taklimat berkenaan waktu itu diadakan di Labuan.

Setelah beberapa bulan pelaksanaannya, kedengaran juga perbualan tidak rasmi berkenaan beberapa isu yang berkaitan dengan NKRA (Pendidikan) ini. Bahkan saya pernah menerima pertanyaan daripada email untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang bidang yang terkandung dalam NKRA dan isu-isu yang mula dibangkitkan.

Bagaimanapun kali ini saya tidak akan terus menyentuh tentang isu-isu yang melibatkan NKRA. Lebih elok sekiranya buat permulaan dimuatkan secara ringkas kandungan Sub-NKRA Pendidikan di blog ini dan jika ada kelapangan nanti, isu-isu yang berkenaan akan dibincangkan kemudian.

NKRA – National Key Result Area

§ “The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system”

§ “ The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians”

§ “ Our real work will begin as we make the transformation of government services happen”

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

Sub-NKRA 1: Prasekolah

7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:

§ Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

§ Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

§ Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan

§ Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru

§ Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman

§ Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.

§ Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi

§ NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

§ Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012

§ *Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi

- Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik

§ Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)

- Menghasilkan pelajar yang cemerlang

§ Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang

- Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem

§ Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah

Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan

ISU :GURU HARUS BEZAKAN POLITIK DAN PROFESIONAL

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/07/guru-harus-bezakan-politik-dan.html

2010/07/28

PENGUMUMAN berhubung kebenaran untuk guru siswazah gred DG41 hingga DG48 berpolitik oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan sewajarnya disambut baik dengan fikiran yang positif.

Hal ini secara tidak langsung menjadi lampu hijau yang diberikan kepada guru siswazah untuk menceburkan diri dalam dunia siasah yang kian mencabar pada hari ini.

Keprihatinan dan keikhlasan Perdana Menteri menghargai jasa dan sumbangan guru amat wajar disokong oleh guru siswazah di seluruh pelosok tanah air.

Kita semua sedia maklum bahawa sebelum pengumuman ini dibuat, ada sesetengah guru siswazah yang sudah sekian lama membabitkan diri dalam parti politik sama ada sebagai setiausaha, naib pengerusi atau ahli biasa.

Guru siswazah perlu diingatkan bahawa sebagai penjawat awam yang menikmati gaji bulanan daripada kerajaan dan membabitkan diri dalam dunia politik tanah air seharusnya menyokong 100 peratus parti yang memerintah negara sekarang.

Dalam hal ini, pesanan dan nasihat mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Rahman Arshad, adalah tepat dan relevan. Beliau bersetuju agar guru siswazah menceburkan diri dalam dunia politik semasa negara tetapi perlu membetulkan niat dan hala tuju masing-masing bahkan tidak sekali-kali menangguk di air yang keruh berikutan pelbagai krisis politik semasa negara.

Selain itu, guru siswazah tidak boleh sama sekali mengabaikan tanggungjawab mereka yang utama, iaitu mendidik dan mengajar muridnya di sekolah. Kementerian Pelajaran semestinya tidak akan memaafkan guru siswazah yang sengaja membiarkan anak muridnya terabai apabila guru mereka sibuk berpolitik.

Usahlah guru menjadi seperti Pak Kaduk kerana anak murid pada ketika ini adalah modal insan negara yang bakal mewarisi tampuk kepemimpinan negara pada masa hadapan. Sejarah negara membuktikan bahawa guru pada zaman pramerdeka begitu banyak menabur bakti baik dari segi wang, tenaga, mahupun wang demi memastikan kemerdekaan negara dapat dicapai.

Persoalannya, adakah guru sekarang sanggup berjuang bermati-matian demi maruah bangsa dan negara daripada dijajah semula? Sukar dikenal pasti guru yang benar-benar ikhlas berjuang demi memastikan martabat negara terus kekal terpelihara.

Ini kerana ada guru siswazah yang menjadi penjawat awam tetapi pada masa sama amat cenderung untuk menyokong parti pembangkang bahkan ada pula yang secara terang-terangan menghentam kepemimpinan negara sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Dalam hal ini, peranan pengetua, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri sekali lagi akan dituntut untuk memantau mana-mana guru yang antikerajaan sebaik-baik saja kerajaan mewartakan arahan untuk membenarkan guru siswazah aktif berpolitik.

Semua guru siswazah harus bersama-sama kerajaan untuk turun padang bertemu orang kampung dan menyelami hati budi mereka secara kolektif. Setiap guru memainkan peranan yang cukup besar untuk merealisasikan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

ISU : ”Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan”

Esei : 1 Malaysia, Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan

Belia yang semakin mendapat tempat dan perhatian dalam masyarakat. Apa yang berlaku dalam dunia belia akan diperbincangkan secara mendalam oleh semua golongan. Bukan sahaja di negara ini, malah ianya menjadi agenda dalam semua negara. Semua menyedari bahawa generasi belia adalah aset negara dan perlu diberi persediaan, perlindungan serta hala tuju yang sebenar dalam menjamin kestabilan dan kemajuan sesebuah negara tersebut. Dengan itu, kerajaan telah berusaha sedaya upaya memenuhi cita rasa generasi belia yang menerajui negara kita pada masa akan datang. Jikalau visi 2020 merupakan satu wawasan strategik jangka panjang sebagai panduan arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek berkaitan pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia keseluruhannya. Ianya juga bertujuan untuk menjadi pandu arah, target dan mempunyai jangka masa tertentu untuk mencapainya.Wawasan ini perlu bagi membolehkan generasi muda jelas akan tujuan hidupnya. Mereka yang tidak mempunyai tujuan dalam hidupnya akan mudah dipengaruhi dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah untuk dirinya, keluarga, masyarakat dan negaranya.

Generasi berwawasan akan menjadikan negara kita mempunyai satu masyarakat yang tahu hala tuju, komited dengan matlamat serta mampu menghadapi apa jua rintangan demi mencapai impian tersebut. Generasi berwawasan juga mampu meletakkan tahap pencapaiannya, dan jangkamasa untuk beroleh kejayaan. Oleh kerana itu, YAB Perdana Menteri menggariskan wawasannya bagi membolehkan kita sama-sama mendokongnya demi survival umat, demi survival negara, demi kelangsungan bangsa Malaysia pada masa akan datang. YAB Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak, menyatakan secara tegas bahawa ”Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan”, telah memulakan era baru dalam menganjak paradiqma rakyat. Kita harus memulakan langkah baru, setelah berhadapan dengan kecelaruan politik serta kekusutan maklumat sehingga mengganggu keamanan, keharmonian serta perpaduan rakyat Malaysia. Beliau menyedari kekuatan bangsa Malaysia dengan menyatakan ;

”Malaysia unik kerana kepelbagaian kita dan berharap kita dapat mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.”

Gagasan atau konsep 1 Malaysia yang dicetuskan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia adalah satu aspirasi sosio-politik masa depan yang sangat relevan bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. 1 Malaysia adalah gagasan untuk membina kekuatan negara melalui perpaduan dan semangat bersama dalam kalangan rakyat yang berteraskan kepada beberapa nilai penting. YAB Perdana Menteri telah menggariskan lapan teras atau nilai utama bagi menjayakan konsep 1 Malaysia, iaitu berpengetahuan, intergriti, rendah hati, kesetiaan, budaya kecemerlangan, ketabahan, penerimaan, dan meritokrasi. Kelapan-lapan nilai teras ini diadun sebagai formula utama dalam usaha mencapai Wawasan 2020. Bagi mencapai aspirasi ini lapan nilai teras di atas perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap lapisan rakyat.Asas kepada semua teras atau nilai ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, bermaksud semua kaum akan terbela dan tiada sesiapapun akan terpinggir atau dipinggirkan. Keadilan mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan perlembagaan yang memberi pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan tetap dilaksanakan. Mana-mana rakyat yang miskin yang memerlukan pembelaan perlu dibantu tanpa mengira siapa yang harus membantunya.

Nilai-nilai ini bukanlah suatu yang sukar untuk dihayati serta dijadikan dasar dalam pembentukan generasi belia. Ianya juga bukanlah suatu yang janggal untuk dijadikan budaya sesuatu bangsa. Namun, ianya tidak seharusnya diambil mudah serta harus ditanam kepercayaan dalam diri akan nilai-nilai ini sebenarnya berupaya membangunkan belia itu sendiri dan seterusnya nilai-nilai tersebut dapat dijelmakan dalam pembinaan negara. Apakah generasi kita mampu dan bersediakah kita ?

Menanam nilai dalam generasi belia adalah satu proses dan merupakan perjalanan yang panjang dan memerlukan semua pihak dalam mendokong misi besar ini. Proses ini ini memerlukan kesabaran dan komitmen. Usaha yang bersungguh-sungguh amat perlu untuk menjadikan generasi belia kita dapat menghayati serta menjadikan nilai ini sebagai perisai yang menguasai diri mampu membina negara dengan lebih cemerlang dan menempis segala cabaran-cabaran yang mendatang.

”Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional. Kita akan rapatkan hubungan Rakyat dan Kerajaan dari dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat politik. Dalam hal ini, potensi golongan anak muda akan kita bangunkan setinggi-tingginya. Kita percaya merekalah generasi pewaris bakal pendidik, doktor, peguam, akauntan, saintis, jurutera, tokoh perniagaan, cerdik pandai dan saf pemimpin masa depan.”

Dalam sedutan ucapan YAB Perdana Menteri, kita dapat rasakan bagaimanakah rasa keperihatinan beliau dan kerajaan yang ada sekarang terhadap generasi belia. Rasa ini harus juga dipertanggungjawabkan kepada seluruh kepimpinan belia agar bersedia memikul beban menyedarkan generasi belia akan persediaan yang perlu ada bagi mereka.

Usaha Perdana Menteri mengusulkan konsep membentuk satu bangsa Malaysia yang sejahtera dan makmur melangkaui tahap toleransi yang diterima umum selama ini tentunya berdepan dengan pelbagai pandangan berbeza kerana masing-masing pihak boleh bersuara berlandaskan demokrasi. Jadi tidak hairanlah, rakyat masih kabur dengan hala tuju yang ingin diketengahkan itu sebagai kesinambungan daripada dasar yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini, yang memacu kesejahteraan, kemajuan dan pembangunan negara sejak lebih setengah abad lalu. Namun, seperti yang dikatakan Perdana Menteri sebelum ini, pengisian konsep 1Malaysia akan melalui proses evolusi bukan revolusi bagi membolehkan rakyat memahami, menghayati dan bergerak ke arah matlamat yang ditetapkan. Sebagai rakyat berbilang kaum, setiap pihak berusaha untuk mempertahankan haknya supaya tidak terhakis. Jadi jaminan kerajaan untuk tidak mengetepikan peruntukan terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan membabitkan soal bahasa, agama dan hak keistimewaan selain kontrak sosial yang selama ini menjadi pegangan semua rakyat, wajar dihargai.

Apabila kita sudah menghormati antara satu sama lain bererti kita sudah mempunyai sikap terbuka untuk menghayati konsep perpaduan dalam kepelbagaian. Seperti dijelaskan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib, konsep “1 Malaysia” bermaksud kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Ini bermakna cara pemikiran dan bertindak kita mesti keluar daripada cara bertindak dalam tembok atau kepompong etnik. Contohnya, jika kita memperjuangkan soal kemiskinan, maka kemiskinan itu mesti dilihat merentasi semua kaum sama ada di bandar, luar bandar, ladang, kampung baru atau kumpulan orang asli. Daripada lensa pembangunan, konsep dan falsafah “1 Malaysia” adalah bertitik tolak atau berteraskan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat. Kerajaan tetap mengiktirafkan sumbangan semua kaum. Setiap rakyat tanpa mengira warna kulit bebas menyertai arus pembangunan negara. Kesaksamaan untuk semua kaum adalah sesuatu yang amat ditekankan oleh kerajaan. Negara mempunyai sejarah, tradisi dan warisan budayanya tersendiri. Semua resipi ini disalut dan diterap dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru, YAB Dato’ Sri Mohd Najib sudah pun menegaskan bahawa apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara tetap menjadi prinsip dan landasan dalam menterjemahkan konsep terbabit. Ini bermakna semua fasal yang ditakrifkan sebagai hak istimewa orang Melayu tetap dipelihara kerana hak-hak terbabit tidak sedikit pun menafikan hak kaum lain. Apa yang nyata ialah konsep “1 Malaysia” bertemakan perpaduan rakyat. Perpaduan dalam kepelbagaian mendasari elemen kemajmukan rakyat di negara yang penuh citrawarna ini.

Sememangnya belia yang mempunyai hala tuju yang jelas, serta mempunyai jatidiri yang mantap akan menjadi penggerak utama kejayaan negara. Sekiranya kita mampu menjadikan agenda belia glokal, dimana belia kita berfikiran global dan bertindak secara loca, kemungkinan mereka mampu bergerak lebih jauh lagi. Dengan persekitaran yang aman serta peluang dan kemudahan kerajaan berikan, sudah pasti, dan saya yakin generasi belia akan mudah mencapai impian dan menjadi pemacu utama dalam pembangunan negara. Semuanya bermula dengan pemikiran yang jelas.Belia glokal mesti mempunyai daya saing yang tinggi agar dapat bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain di peringkat antarabangsa. Persaingan dalam bentuk keilmuan, kemahiran, kepimpinan dan sebagainya memerlukan jatidiri yang tinggi, nilai yang kuat, daya tahan yang kental, dan nilai spiritual yang tinggi. Mereka tidak akan boleh membuat perubahan dan bersaing sekiranya mereka sendiri tidak memulakan perubahan dalam diri mereka sendiri. Sebagai penggerak, kita harus sentiasa perihatin dengan alam sekeliling kita. Kita hidup dalam masyarakat, umpama resam padi, semakin berisi, semakin tunduk” membawa maksud walaupun kita sudah berjaya, sepatutnya kita harus bersyukur dan rendah diri, kerana kejayaan kita bukanlah hasil usaha kita semata-mata, tetapi pengorbanan keluarga serta peluang yang diberikan kepada kita. Seharusnya kita menjadikan hasil ini sebagai pemangkin kepada sumbangan kita terhadap generasi belia yang akan datang serta negara.

Secara tuntasnya, apabila YAB Dato’ Sri Mohd Najib menjadikan konsep dan falsafah baru itu sebagai landasan pentadbirannya adalah untuk memberi “nafas segar” kepada barisan kabinetnya serta menyuntik semangat rakyat untuk sama-sama berganding bahu dengan kepemimpinan negara. “1 Malaysia” adalah aspirasi untuk memperbaiki, memantap dan memperkasa hubungan kaum bagi memastikan rakyat di negara ini membina dan menjalin persahabatan berasaskan rasa hormat menghormati dan percaya mempercayai.

ISU: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) : TUN

1. Saya ingin jelaskan sekali lagi kenapa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris.

2. Tidak seperti matapelajaran lain, sains dan matematik adalah ilmu yang berkembang dan bertambah sepanjang masa.

3. Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat di seluruh dunia. Hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasa Inggeris.

4. Kita boleh terjemah sains rendah kedalam bahasa kebangsaan. Tetapi ini tidak akan menolong kita memahami teori dan aplikasi advanced science dalam ciptaan dan pembuatan barangan yang canggih seperti alat telefon, senjata moden, roket dan stesyen satelit angkasa, pesawat terbang perang dan penumpang, kapal selam, laser, microcip dan ratusan lagi barangan kegunaan tertentu dan harian.

5. Untuk semua ini kita perlu sains yang canggih dan terkini hasil kajiselidik pakar ilmu sains seperti Albert Einstein dengan teori relativitinya, Enrico Fermi, Oppenheimer, Edward Teller, Werner Heisenberg dan lain-lain.

6. Saya boleh senarai seribu nama lagi dan berpuluh ribu hasil penerokaan, pengkajian mereka yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu namun ilmu ini peting untuk kemajuan kita.

7. Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus. Tidak ramai saintis yang belajar dalam bahasa Melayu yang boleh mengguna bahasa Melayu untuk tujuan ini. Setahu saya tidak ada banyak buku berkenaan tajuk-tajuk ini dalam bahasa Melayu.

8. Pengajaran sains perubatan menggunakan buku Inggeris walaupun syarahan dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk post-graduate studies dalam pelbagai kepakaran perubatan bahasa Inggeris digunakan. Kalau ada pensyarah yang boleh bersyarah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang pakar ini, mereka akan terdiri daripada yang belajar kepakaran ini dalam bahasa Inggeris.

9. Mungkin ada yang belajar sains di peringkat rendah dalam bahasa Melayu dan mampu mengikuti syarahan dalam bahasa Inggeris diperingkat ijazah pertama. Tetapi untuk kelulusan yang lebih tinggi penguasaan bahasa Inggeris di perlukan.

10. Sudah tentu untuk ambil bahagian dalam seminar dan konferens antarabangsa, untuk berhujah, bahasa Inggeris di perlukan.

11.I was not ignorant for 20 years. Even after I realised the usefulness of English I had to wait until people also realised it. Otherwise they will fight tooth and nail to prevent the change from taking place. Even now they are fighting.

12. Singapore has progressed like a rocket because they have no opposition parties. Without criticisms by the opposition they will not know if they were doing something right or wrong.

13. Now Singapore is in deep recession because of having made investments in America. So they may use English for their education but they can still go wrong. But we want to use English only for science and mathematics and these two subjects are based on truths and logic - not on how clever you are in making decisions or explaining things.

14. I think in English when I want to speak or write in English. I think in Malay when I want to talk, write or discuss in Malay.

15. I am a Malay not because of the language I use when thinking or dreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally and religiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.

16. Saya tidak ingin bangsa saya ketinggalan hanya kerana nasionalisme kita terhad kepada kefasihan bercakap dalam bahasa sendiri. Nasionalisme saya meliputi kejayaan bangsa saya yang setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Jika untuk ini kita terpaksa menguasai bahasa Inggeris dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sepertimana orang Arab belajar bahasa Greek untuk mendapat ilmu orang Greek, sepertimana orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab untuk mempelajari ilmu orang Arab pada kurun ke-15 Masihi, saya rela berbuat demikian.

17. Bagi saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke Eropah atau negara-negara Arab untuk menuntut ilmu tertentu dalam bahasa-bahasa mereka. Mereka pergi sebagai orang Melayu dan mereka kembali dengan ilmu yang diperolehi juga sebagai orang Melayu. Mereka tidak menjejaskan ke-Melayuan bangsa. Sebaliknya mereka mempertinggikan maruah dan martabat bangsa.

SOKONG:

1) Kita belajar Bahasa Arab untuk mendalami Islam. Apa salahnya kita belajar dan menguasai Bahasa Inggeris untuk mendalami sains dan teknologi. Ya, kita boleh menterjemahkan kesemua buku-buku dan rujukan-rujukan asing ke dalam Bahasa Melayu, tapi soalnya berapa lama masa yg akan kita ambil untuk itu? Sekarang semua benda pun menuntut persaingan, "Siapa cepat, dia dapat". Bagi saya, lebih baik kita bersusah sekarang, berhempas pulas sekarang, berugi-rugian sekarang daripada kita berugi-rugian untuk satu jangka yg amat panjang pada masa-masa hadapan. Apa juga salahnya bila ada antara kita yg dah menguasai sains & teknologi ini nanti, menterjemahkan buku-buka dan rujukan-rujukan tersebut ke dalam Bahasa Melayu? Apa salahnya? Sampai bila kita nak tunggu buku-buku dan rujukan-rujukan tersebut diterjemahkan? Bukankah lebih mudah jika kita yg mengusai medium dan seterusnya menterjemah? Soalnya sekarang atau bila...

2) PPSMI tidak sepatutnya menjadi satu isu. Kita belajar mengaji dalam Bahasa Arab, belajar sembahyang dalam Bahasa Arab... Tapi, bila bercakap masih menggunakan Bahasa Melayu, masih berfikir menggunakan Bahasa Melayu. Risau sangatkah kita jika anak-anak kita saban hari menggantikan kata ganti diri "aku" dengan "I"... samalah juga bila ada yang menggantikan kata ganti diri "ana" dan "anta". Tepuk dada tanya selera... Sebenarnya, kita yang tentukan sama ada kita nak jadi Melayu, atau Mat Saleh, atau Mat Saleh celup, Arab atau Arab celup, atau Cina, atau india atau sebagainya... Semuanya tentang jati diri.

3) Saya sangat setuju bila Tun mengajak semua orang untuk tidak mentafsir nasionalisme secara sempit. Ya, sayangkan Melayu atau sayangkan identiti Malaysia bukan hanya terhenti setakat sayangkan bahasa ibunda. Berpuas hatikah kita dengan mampu menulis beratus-ratus novel setiap tahun, tapi dari segi lain kita langsung tidak kompetitif. Apa ertinya?

4) Memang betul, ada yang pelajar yg ketinggalan bila PPSMI diperkenalkan... Tapi inilah masanya semua orang bermuafakat, berganding bahu sama ada pelajar, guru, ibu bapa, masyarakat dan pemimpin membantu dan memberi galakan kepada pelajar-pelajar terbabit. Para guru, kalau anda sedar anda sendiri tidak fasih dalam medium ini hingga kurang mampu melaksanakan tugas/amanah ke tahap yg dikehendaki, ambillah inisiatif, cubalah belajar dan perbaiki. Para pelajar dan ibu bapa, carilah jalan untuk memperbaiki. Para pemimpin dan masyarakat, cadangkanlah cara-cara bagaimana para guru, ibu bapa dan pelajar dapat memperbaiki kedua-dua subjek ini dalam Bahasa Inggeris. Kritikan sahaja tidak membawa apa-apa kebaikan, susuli jugalah dengan cadangan-cadangan. Sama-samalah kita menganggap PPSMI sebagai suatu cabaran yg perlu ditempuhi untuk kebaikan jangka panjang. kalau tak dicabar kemampuan diri, susah la nak berjaya.

5) Saya juga Melayu, rakyat Malaysia. Saya juga sayangkan Bahasa Melayu, identiti warga Malaysia saya. Tapi saya tak dapat melihat sebarang masalah untuk beljar 2 subjek ini dalam Bahasa Inggeris, sebagai mana tak pernah menjadi masalah bila kita semua belajar sembahyang dalam Bahasa Arab, dan nenek moyang kita juga tak pernah melihat yg identiti Melayu kita akan sedikit terkurang apabila mereka mula menukar nama anak mereka dari "Awang", "Pandak", "Panjang", "Melur", "Kiambang", "Setanggi" ke "Ahmad", "Najmuddin", "Mansur", "Zainab" dan "Solehah". Sama-samalah kita fikir.

P/S: sama-sama kita lihat kesudahannya nanti. dengar cerita masa mula-mula Jambatan Pulau Pinang nak dibina dulupun ramai yg menentang bimbang pembaziran dan perbelanjaan besar, namun sekarang jambatan tersebut dilihat satu kemudahan dan kebijakan visi pencanang pembinaannya.

ISU: DASAR MBMMBI

PUTRAJAYA - Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengambil 600 pesara guru Bahasa Inggeris secara kontrak untuk membantu dalam pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).Mereka akan ditempatkan di sekolah yang benar-benar memerlukan guru Bahasa Inggeris.Penempatan akan bersesuaian dengan lokasi tempat tinggal guru kontrak berkenaan.Program MBMMBI akan bermula pada 2011 untuk murid tahun satu dahulu, sebelum dilanjutkan ke tahun berikutnya.

Teks Sains, Matematik dalam bahasa Melayu siap -Utusan Malaysia Online: 18 Mei 2010

PUTRAJAYA 17 Mei - Kerajaan sudah menyediakan buku teks untuk pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bagi tahun pertama pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persiapan keseluruhan bagi pelaksanaan program itu sudah di peringkat akhir yang akan bermula pada 2012.

‘‘Kita sudah sampai peringkat akhir persiapan, saya telah pun mempengerusikan mesyuarat tentang itu pada dua minggu lepas di mana kita sudah pun bersedia.

‘‘Sekarang ini adalah di peringkat penyediaan buku-buku teks untuk tahun pertama yang kita telah umumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan, di sini hari ini.

Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012 setelah kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 8 Julai tahun lalu.

Bagaimanapun kerajaan mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

ISU: Peperiksaan UPSR dan PMR Dimansuhkan?

Sebagai mukadimah, sebelum ini banyak pandangan-pandangan individu (secara rawak sama ada yang tertulis atau diucapkan secara lisan) menyatakan bahawa Sistem Pendidikan di Malaysia adalah terlalu berorientasikan peperiksaan untuk mengukur kejayaan seseorang pelajar. Salah satu contoh adalah seperti berikut:

Berbanding negara maju sistem pendidikan di malaysia masih menggunakan peperiksaan sebagai kayu pengukur kejayaan seseorang pelajar. Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dianggap mampu mencapai kecemerlangan hidup apabila mereka meninggalkan alam persekolahan.

Semalam, Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan yang berkemungkinan kementerian itu akan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR. Cadangan itu dibuat berikutan pandangan yang kaedah pelaksanaan atau sistem pendidikan negara masa kini terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding ke arah pencapaian Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat Kurikulum Sekolah Rendah/Menengah itu sendiri hingga menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.

Jika kita terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya. – Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada pandangan saya sendiri. Cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR itu memang sangat wajar. Sudah tiba masanya kerajaan memberi peluang kepada Kementerian Pelajaran sendiri mengambil inisiatif untuk melaksanakan strategi pendidikanyang selari dengan matlamat asal kurikulum sekolah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan seterusnya memperbaiki kesilapan pelaksanaan sebelum ini. Kesilapan yang sama ada disedari atau tidak disedari.

Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.

Bukan bermakna sistem sekarang tidak memberi penekanan terhadap ilmu, sahsiah dan penerapan nilai, tetapi matlamat itu kadang kala menjadi perkara nombor 2 untuk dicapai. Matlamat paling utama, pelajar mesti lulus peperiksaan UPSR dan PMR dan mendapat keputusan yang cemerlang. Itu realitinya. Tidak perlu saya sebutan secara terperinci tetapi, kita boleh lihat banyak program-program sokongan yang dilaksanakan/dianjurkan oleh Kementerian/Jabatan Pelajaran lebih menjurus kepada usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dan bukannya cemerlang secara menyeluruh.

Akibat daripada itu, timbul pelbagai tekanan dan beban kepada pelajar terutamanya untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan. Tekanan yang dimaksudkan itu mungkin datang daripada guru, ibu bapa, rakan sekolah atau diri sendiri. Selain itu, pendidikan berorientasikan peperiksaan juga turut memberi tekanan kepada guru-guru untuk melaksanakan pelbagai program yang dirancang oleh Kementerian/Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan program sekolah masing-masing.

Pentadbir sekolah tertekan oleh Pegawai Pelajaran Daerah yang ditekan oleh Pengarah Pelajaran Negeri akibat tidak tahan tekanan oleh Kementerian Pelajaran disebabkan tekanan oleh kerajaan yang ditekan oleh masyarakat, terutamanya ibu bapa yang tertekan kerana terpaksa menunggu anak lewat balik dari sekolah (tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan pihak sekolah). Akhirnya pelajar akan menyanyi lagu “Bangau oh Bangau”.

Daripada perkara ini berlaku, ada baiknya satu sistem pendidikan yang dipersetujui bersama (oleh semua pihak) dapat diwujudkan di negara ini. Mungkin ianya agak sukar dan saya faham bukan mudah untuk merancang atau melaksanakan satu tranformasi pendidikan, apatah lagi kalau ianya melibatkan perubahan pada sistem pendidikan itu sendiri. Kajian yang mendalam perlu dilakukan dan berkemungkinan memerlukan kos termasuk mewujudkan makmal kajian. Namun, saya percaya yang rakyat tidak kisah sekiranya peruntukan besar digunakan oleh kerajaan untuk tujuan penambahbaikan dasar atau sistem dan perlaksanaan pendidikan berbanding menjadikan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah dan guru-guru ‘KAMBING HITAM’, mengaburi mata masyarakat dengan melaksanakan program/projek yang kononnya bertujuan meningkatkan kecemerlangan pelajar dengan penambahbaikan infrastruktur dan segala kemudahan pendidikan, tetapi hakikatnya keuntungan hanya dinikmati oleh satu-dua pihak. Sama-samalah kita fikirkan!

AKHIRNYA persoalan sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuh atau dikekalkan terjawab apabila kerajaan mengumumkan kedua-dua peperiksaan itu menggunakan format baru mulai 2016.

-Ia melegakan masyarakat yang mahukan pendekatan baru serta telus dalam menilai prestasi pelajar berbanding sistem akademik dan peperiksaan yang dilihat lebih membebankan.

-Bagaimanapun, ada yang tidak setuju dan berpendapat sistem peperiksaan masih relevan selain mempersoalkan persediaan pihak terbabit mencorak pembaharuan pendidikan.

-Kini, wujud perbahasan, sama ada format baru itu bakal memberi impak dan mampu melonjakkan prestasi ke tahap membanggakan.

-Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Saedah Siraj, berkata sudah tiba masanya negara melangkah ke era pendidikan baru lebih fleksibel.

Beliau berkata cita rasa dunia kini berubah dan memerlukan suntikan baru dalam proses penyampaian, penerimaan serta pemahaman maklumat supaya masyarakat lebih bersedia berdepan arus permodenan.

"Meskipun pendidikan ditakrif sebagai elemen sejagat, perubahan perlu ada sebagai mengimbangi kehendak global yang pantas berubah dan semakin berteraskan kemajuan serta kepelbagaian.

"Pemansuhan itu mencerminkan keberanian dan anjakan paradigma baru dalam sistem pendidikan negara, jangan jadikannya kontroversi atau disalah anggap kerana ia memang diperlukan, " katanya.

Menurutnya, meskipun negara memiliki sistem pendidikan antara terbaik di dunia, ia dianggap ketinggalan kerana menggunakan kaedah peperiksaan sebagai penilaian tahap kecemerlangan pelajar.

"Semua tahu tahap pencapaian setiap pelajar berbeza, tidak boleh dinilai melalui satu sistem semata-mata, malangnya itulah yang diguna pakai sejak sekian lama.

"Ini menyebabkan pelajar bosan dan tertekan, sekali gus mencetuskan insiden tidak dijangka, misalnya bunuh diri hanya kerana gagal dalam peperiksaan. "Sekolah patut jadi tempat menyeronokkan bukan membosankan.

"Justeru apabila kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan, ia wajar mendapat sokongan kerana membantu meringankan 'penderitaan' pelajar," katanya.

Meskipun format baru masih belum diputuskan, ia bagai menamatkan dilema pelajar, institusi sekolah, ibu bapa dan masyarakat yang mahukan kongkongan peperiksaan ditamatkan.

Cadangan format boleh disarankan ialah menyediakan aliran pengajian bersesuaian di tingkatan satu mengikut kehendak dan kapasiti pencapaian pelajar.

Aliran itu, katanya, boleh dijadikan asas menilai dan mencorakkan pencapaian pelajar dalam tempoh lima tahun hingga tamat pengajian tingkatan lima.

"Pelajar boleh memilih aliran diingini berdasarkan minat, kehendak, cita-cita dan diberi kelonggaran tidak terikat dengan kehendak pencapaian akademik semata-mata.

"Ia umpama saringan penilaian sebelum memasuki pengajian tinggi. Kaedah ini boleh mengelak tekanan belajar, sekali gus memudahkan proses penyampaian ilmu," katanya.

Beliau menegaskan konsep pendidikan bukan hanya terhad kepada akademik dan peperiksaan semata-mata, malah boleh menggunakan pendekatan deria seperti mendengar, melihat dan merasa.

"Ramai beranggapan hanya akademik dan peperiksaan penting menentukan kecemerlangan pelajar manakala proses pembelajaran berlangsung di bilik darjah.

"Anggapan itu perlu diperbetulkan kerana ilmu boleh diperoleh menerusi pelbagai cara, bergantung bagaimana guru mengaplikasi kaedah itu supaya boleh diterima dan difahami pelajar.

"Realitinya kebanyakan pelajar negara ini bersifat pasif dan enggan bertanya, dengan pemansuhan, skop pembelajaran lebih luas, sekali gus menggalakkan pengembangan budaya ilmu dengan kaedah bersesuaian," katanya.

Dr Saedah turut mencadangkan pelajar kurang cemerlang dimasukkan ke kelas pemulihan agar dapat memperbaiki kelemahan.

"Dalam sistem pendidikan, pelajar lemah kurang mampu menguasai 3M (membaca, mengira, menulis). Kelemahan ini boleh diatasi dengan kelas pemulihan.

"Sistem sedia ada kurang mempraktikkan S<>

Sebagai sokongan dan persiapan negara menuju perubahan global, beliau berpendapat sudah tiba masanya kerajaan menubuhkan Pusat Pengembangan Pendidikan Masa Depan yang dapat menyediakan pelbagai hasil kajian.

"Di negara maju, peranan pusat ini diiktiraf membantu pelbagai sektor merangka persediaan masa depan," katanya.

SETUJU: TM amat mengalu-alukan cadangan Kementerian Pelajaran untuk menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR dengan beberapa alasan seperti berikut;

1. Pendidikan hendaklah sentiasa berubah jika mahu melihat kemajuan dan tidak boleh sentiasa berada di tahap lama.

2. Pihak sekolah dan ibu bapa telah menjadikan anak mereka tertekan dengan menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk setiap anak bagi mendapat 5 A .

3. Guru Besar/Pengetua akan menekan dan memaksa guru-guru untuk mendapatkan peratus kelulusan yang tinggi dengan apa cara sekali pun, oleh itu soalan ramalan menjadi sangat komersial apa lagi jika soalan yang dikeluarkan hampir tepat kadangkalanya, terutama bahasa Inggeris yang soalannya hampir menyamai soalan ramalan.

4. UPSR dilihat sebagai penapis untuk memilih pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Pada hal ia sudah tidak releven lagi kerana peratusan pelajar yang mendapat 5A semakin meningkat sedangkan jumlah SBP masih terhad. Ramai pelajar yang mendapat 5A gagal ke SBP kerana mereka adalah pelajar sekolah bandar.

5. Kos untuk menjalankan peperiksaan melibatkan kos yang tinggi sedangkan impaknya amat kecil.

6. Sekolah juga terpaksa menanggung kos yang tinggi dalam menyediakan kertas-kertas contoh soalan, program motivasi menjawab soalan dan sebagainya.

7. Pihak sekolah telah mengabaikan pelajaran lain seperti PJK, Muzik, Pendidikan Seni Visual, Kajian Tempatan dan lain-lain semata-mata untuk menumpukan kepada pelajaran teras yang ada dalam peperiksaan.

8. Pelajar juga dikecualikan atau dihalang dari melibatkan diri dalam aktiviti sukan sekolah, MSSN dan MSSM kerana ibubapa dan pihak sekolah tidak mahu anak mereka terjejas dalam peperiksaan.

9. Pihak sekolah juga tidak menggalakkan pelajar Tahun 6 untuk menyertai program-program Kokurikulum di dalam sekolah atau di luar sekolah kerana alasan yang sama.

10. 35% pelajar bawah 15 tahun mengalami masalah stress di Singapura, di Malaysia belum ada kajian lagi tetapi beberapa kes membunuh diri sudah berlaku di Malaysia akibat daripada kegagalan mendapat keputusan peperiksaan yang baik seperti mana yang diharapkan oleh ibu bapa.

Cadangan untuk penilaian pelajar sekolah rendah;

1. Pelajar setiap tahun diberi tugasan seperti Folio yang perlu disiapkan secara individu dan berkumpulan,

2. Pelajar dinilai berasaskan keupayaan dan kebolehan dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan Ko-Akademik

3. Pemilihan untuk ke SBP hanya dibuat untuk pelajar yang dikesan mempunyai IQ dan EQ yang tinggi oleh pihak sekolah. Hari ini Yayasan Saad setiap tahun mengadakan ujian khas kepada pelajar-pelajar yang layak untuk memasuki yayasan mereka. Formula ini samalah seperti yang pernah dilakukan oleh kementerian pada tahun 60an dan 70an dahulu. Pelajar yang dipilih untuk menduduki Peperiksaan Khas Ke Asrama Penuh ialah pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam Ujian Penilaian Darjah 5 yang telah dihapuskan.

4. Pemilihan pelajar untuk masuk ke aliran Sains, Sastera, Perdagangan, Mekanikal juga dibuat diperingkat sekolah rendah, bukannya dibuat selepas PMR.

5. Ibu bapa dan pihak sekolah boleh membuat pemilihan aliran di sekolah menengah berdasarkan keupayaan pelajar dan minat, Bukan melalui paksaan seperti hari ini.

6. Peperiksaan PMR sebenarnya ialah menggantikan SRP atau LCE. Zaman dahulu terdapat pekerjaan yang hanya memerlukan kelulusan SRP atau LCE. Hari ini ia sudah berubah. Untuk menjadi operator kilang elektronik pun memerlukan SPM. Oleh itu apa guna kita mengekalkan PMR yang menelan belanja besar untuk melaksanakan sedangkan tidak ada satu pun kerjaya yang mewajibkan seseorang itu lulus PMR.

7. Pelajar yang naik Tingkatan 4 masih lagi menganggap ia sebagai kelas bulan madu, begitu juga anggapan sesetengah guru. Ada guru-guru yang terlalu aktif dengan kegiatan sukan diluar sekolahh seperti terlibat dengan MSSM ,diberi tugas mengajar Tingkatan 4 , dan mereka selalu tiada di sekolah. Pelajar menjadi mangsa kerana guru kerap tiada di sekolah. Ini terjadi kepada anak TM satu ketika dahulu.

8. Oleh itu adalah lebih baik untuk menghapuskan terus dua kertas peperiksaan ini dan ia akan memberikan satu rasa yang lebih siknifiken kepada pelajar dan sekolah dalam persediaan menghadapi SPM.

9. Bukan sahaja UPSR dan PMR dihapuskan, TM berharap peperiksaan STPM juga turut dihapuskan dan hapuskan juga Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas. Gantikan seperti konsep di Kolej Matrikulasi. Hari ini memasuki Tingkatan 6 adalah satu-satu yang malang bagi seorang pelajar. Mereka merasakan mereka lebih rendah darjatnya daripada mereka yang memasuki Universiti untuk program Diploma.

10. Terdapat ramai pelajar yang berhenti Tingkatan 6 dan menceburi alam kerjaya dan lepasan STPM juga ramai yang gagal masuk ke universiti walaupun cukup syaratnya.

11. Untuk menentukan seseorang itu bijaksana ia boleh dinilai dalam kebolehan bertutur, berhujah, menyampaikan idea, membuat projek atau tugasan, menyelesaikan masalah lebih memberikan pengalaman yang kekal sepanjang hayat daripada berteori dan menjawab soalan.

12. Peperiksaan adalah satu tradisi kuno yang diwarisi daripada sistem barat. Cendiakawan Islam yang hebat zaman dahulu pernah kah mereka menduduki peperiksaan, tetapi kebijaksaan mereka terhasil dengan pengakajian, ujikaji dan pengalaman. Hari ini pelajar-pelajar yang menduduki UPSR jarang yang melakukan ujikaji, kerja lapangan dan lain-lain. Masa mereka dihabiskan diatas kertas, menghafal, mengingat dan menjawab soalan-soalan contoh.

13. Pelajar perlu dididik dan dilatih supaya mahir dalam bahasa, logik matematik, kecerdasan dalam memenuhi ruang seperti mencorak, melukis , mengukur dan mengukir, berkemahiran dalam menghayati muzik, kemahiran kinestetik, kemahiran interpersonal, kecerdasan naturalistik.dll.

> UPSR dan PMR Wajar Dimansuhkan

Kerajaan sedang bercadang untuk memansuhkan UPSR dan PMR kerana sistem pendidikan kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata. Ini menyebabkan tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya. Cara pembelajaran di Malaysia dikatakan lebih menjurus kepada usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam.

-Pelajar-pelajar berlumba-lumba untuk mendapatkan bilangan A yang banyak sehingga pernah suatu ketika Malaysia digemparkan dengan berita kematian S. Subashini dari SRJK Tamil Ladang Sempah. Subashini membunuh diri kerana memperoleh 4B, 2C dan 1D dalam UPSR sedangkan sasaran beliau ialah 4A. Jika ‘budaya banyak A’ menjadi fenomena pelajar-pelajar di Malaysia, tidak mustahil pelajar hanya cemerlang dari segi akademik dan tidak dinamik. Kerana inginkan publisiti, ada juga individu yang mendakwa mendapat 24A1 dalam SPM 2006 yang menggemparkan Malaysia kerana penipuan itu.

-Pendiskriminasian nasional menerusi tahap enam dan tingkatan tiga juga telah meninggalkan parut psikologi yang tidak sihat kepada kanak-kanak dan remaja. Mereka akan tertekan dan tersisih jika mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan akibat persepsi keluarga dan masyarakat seterusnya mengakibatkan mereka turut diklasifikasikan oleh masyarakat.

Penghapusan dua peperiksaan awam ini juga sudah pasti dapat mengembalikan roh kanak-kanak dan remaja ke dalam diri para pelajar dan seterusnya mempertingkatkan tahap kreativiti mereka. Saya juga yakin mutu sukan negara juga pasti akan meningkat dengan penghapusan dua peperiksaan ini. Tanpa dua peperiksaan ini, tidak boleh dibayangkan betapa bebanan yang dihapuskan dari dipikul oleh jiwa kecil itu. Bahkan tekanan yang amat besar juga dihapuskan dari dipikul oleh para pendidik. Bukankah dengan terhapusnya bebanan itu sekolah akan menjadi satu pusat ilmu yang ceria?

Ujian Khas Kemasukan ke SBP

Jika UPSR dan PMR dimansuhkan, ujian khas harus diwujudkan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, ujian itu tidak akan diwajibkan kepada semua pelajar, bahkan diadakan untuk mereka yang berminat memilih SBP bagi menyambung pelajaran di peringkat menengah.

UPSR dan PMR Tidak Wajar Dimansuhkan

Peperiksaan awam UPSR adalah sebagai kayu pengukur tahap pencapaian persekolahan bagi Tahun Enam manakala PMR adalah bagi tahun kesembilan persekolahan. Dengan adanya peperiksaan ini, kita sendiri dapat melihat sejauh mana pencapaian kita di sekolah rendah dan di peringkat menengah rendah. Jika UPSR dan PMR dimansuhkan, mungkin pelajar tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan hanya meletakkan usaha yang lebih untuk peperiksaan SPM sahaja.

Peperiksaan awam berkenaan juga adalah kayu pengukur untuk keberkesanan pembelajaran antara daerah dan negeri serta antara latar belakang sosio-ekonomi sekolah. Setiap tahun akan diumumkan statistik keputusan peperiksaan awam di Malaysia yang sedikit sebanyak mempengaruhi para pelajar, guru-guru, pegawai pendidikan dan pihak kementerian untuk meneliti di mana kelemahan dan kekurangan yang ada untuk diperbaiki.

Dasar pendidikan di Malaysia berubah-berubah mengikut perubahan Barisan Kabinet terutamanya penjawat portfolio Menteri Pelajaran. Seperti yang kita sendiri ketahui, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Timbalan Perdana Menteri. Jadi seharusnya dasar pendidikan yang berjangka panjang, konsisten dan berkesinambungan perlu digubal.

ISU SATU MALAYSIA: Peranan Guru Dalam Pembinaan Negara Bangsa

Peranan guru dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama yang ditekankan dalam usaha pembinaan negara bangsa, iaitu memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangun sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi adalah sangat penting. Oleh demikian penting bagi setiap guru memahami peranan dan tanggunjawab masing-masing. Ini adalah kerana peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu.

Dalam konteks pendidikan, seseorang guru tidak boleh lari daripada memahami konsep dan teras utama yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Rukun Negara, Wawasan 2020, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Misi Nasionalnya. Semua ini menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang ‘first and foremost’ dalam diri seorang individu yang bergelar guru. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan.

Jadi dalam usaha membentuk pelajar yang memiliki ciri-ciri yang mampu membina sebuah negara bangsa suatu hari kelak, guru haruslah menjalankan peranannya dalam:

a. Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilai

Ciri perkampungan global dari segi ideologi, nilai, sosiobudaya dan pemikiran yang diketengahkan melalui ledakan maklumat ini merujuk kepada model yang direka bentuk oleh pengasas dan penaja sistem teknologi maklumat dan teknologi telekomunikasi yang telah tersebar luas di seluruh dunia. Kedhaifan kebanyakan Negara Dunia Ketiga dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan telekomunikasi memungkinkan mereka sukar untuk menolak gelombang yang besar dan berisiko ini (Mohamad, 1995). Oleh itu, perubahan dalam arus teknologi maklumat di negara ini telah menyebabkan wujudnya gejala sosial yang baru, misalnya isu pornografi.

Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni yang terkandung dalam ilmu wahyu iaitu Al –Quran dan As-sunnah. Terlalu banyak nilai murni yang selaras dengan fitrah insan terkandung dalam ilmu wahyu. Guru boleh merujuk pada nilai berkenaan dan seterusnya membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal, maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Biar apa pun nilai yang dipilih dan diamalkan pelajar, ia hendaklah tidak bertentangan dengan agama dan wahyu.

Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk dilaksanakan oleh guru. Ibu bapa dan masyarakat mengharapkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran dan pada masa sama mengamalkan nilai murni. Tugas ini memang sukar dilakukan guru. Bagaimanapun jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar sebagai insan, maka tugas itu akan menjadi mudah dan memberangsangkan, InsyaAllah. Inilah yang dimaksudkan dengan tugas hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan.

b. Keharmonian fitrah teras amalan tingkah laku

Matlamat pendidikan negara ini antara lain termasuklah mendidik pelajar supaya memilih dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya hari ini kita berhadapan dengan tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti tingkah laku ganas dan jenayah di sekolah dan dalam masyarakat. Kenapa perkara ini berlaku? Antaranya mungkin kerana kita gagal membina konsep fitrah atau tabii pelajar menjadi liar dan ganas sehingga mereka memilih tingkah laku negatif dan tidak normal. Jika dibiarkan, tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahan hinggalah ke alam dewasa dan kehidupan.

Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii pelajar supaya harmoni dan sihat. Fitrah atau tabii murni inilah akan membina tingkah laku normal. Inilah etika guru yang diharapkan. Sekali lagi, tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran.

c. Pembangunan insan asas kualiti hidup

Setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti. Biasanya ia dikaitkan dengan kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup bermaksud kejayaan memperoleh status yang tinggi, kemewahan dan kebendaan. Namun konsep kualiti ini tidaklah memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan dan kemewahan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sejahtera dan sesuai dengan fitrah insaniah. Oleh itu perlulah dicari pengertian kualiti hidup yang lebih lengkap.

Menurut paradigma pendidikan bersepadu, kualiti hidup bermaksud kehidupan yang harmoni dengan fitrah insan iaitu gaya hidup yang sentiasa harmoni dengan tabii atau fitrah insan yang dianugerah Allah SWT. Persoalannya bagaimanakah untuk membina kualiti hidup menerusi pendidikan? Dalam hal ini kita memerlukan guru yang dapat menjalankan tugasnya sebagai ibadah, dengan sendirinya ia akan berminat untuk membangunkan insan. Insan itulah juga yang akan digunakan untuk membangunkan negara bangsa. Apabila ciri insan terbina dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup secara harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT. Inilah yang dinamakan kualiti hidup. Dengan perkataan lain guru yang mengamalkan etika keguruan ( tugas hakiki guru ) akan dapat melahirkan pelajar dengan ciri keinsanan yang kehidupannya harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT.

d. Penghayatan dan amalan nilai-nilai keguruan ke arah pembinaan negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti profesional

Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Selari dengan aspirasi negara dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang meletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta memiliki merit hingga dapat bersaing dan bertanding pada peringkat antarabangsa, pembinaan modal insan turut menjadi teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ).

Strategi pembangunan insan atau sumber manusia seperti disarankan dalam RMK-9 seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh dan holistik . Sebab itulah kerajaan melabur secara besar-besaran dalam bidang pendidikan supaya mampu menghasilkan nilai tambah kepada negara dalam jangka panjang. Bagi mencapai agenda negara itu, pendidikan menjadi wahana utama. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna. Dalam hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

e. Menjadi agen sosialisasi kepada pelajar

Sekolah merupakan agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Dengan itu, proses sosialisasi pelajar-pelajar merupakan satu fungsi yang sah serta positif untuk dikendalikan oleh pihak sekolah. Menurut Durkheim, peranan guru pendidikan moral dan tugas sekolah adalah untuk mengajar pelajar-pelajar tentang nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Beliau berpendapat bahawa keluarga terlalu kecil dan terlalu berunsur peribadi untuk menggambarkan keseluruhan sistem sosial. Juga, beliau mengganggapkan guru sebagai agen yang utama dan merupakan pertalian yang kritikal dalam proses pengaliran kebudayaan.

Guru juga perlu menjalankan peranannya sebagai individu yang paling dekat dengan pelajar semasa pelajar berada di sekolah. Oleh itu guru mestilah melaksanakan peranannya sebagai pengganti ibu bapa. Ini amat penting kerana hubungan yang rapat akan menerbitkan rasa hormat pelajar kepada guru atau orang lain di sekolah. Pelajar akan rasai dihargai dan diberi perhatian. Oleh itu tidak akan ada mana-mana pelajar beranggapan kehadiran mereka di sekolah seolah-olah tidak disedari oleh orang lain. Ini akan dapat mengelakkan mereka daripada melakukan vandalisme dengan alasan ingin menarik perhatian rakan atau guru.

Oleh itu, usaha melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited dan berdedikasi perlu diteruskan manakala hal ehwal kebajikan mereka perlu dipelihara sejajar dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan bahawa pendidikan adalah wadah pembinaan modal insan yang berkesan. Modal lain seperti wang, teknologi dan bangunan tidak mungkin sempurna jika tidak ditunjangi dengan modal insan. Oleh itu, konsep pendemokrasian yang memberi peluang adil dan sama rata kepada semua rakyat mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diteliti dan diberi perhatian.

ISU PIPP: TERAS N KEBERKESANAN: PERKAUMAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggubal Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun melancarkan PIPP pada 16 Januari 2007. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Pelan ini adalah pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang terdahulu dan digubal berpandukan matlamat dan teras kerangka besar Misi Nasional dan Wawasan 2020.

Terdapat 2 pendekatan yang digunakan dalam melaksanakan pelan induk ini.Pertamanya ialah untuk menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dalam rancangan lima tahun sebelum ini iaitu memastikan akses kepada pendidikan dan menyamaratakan medan persaingan dalam kalangan pelajar, dan keduanya ialah untuk berusaha melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan institusi yang telah bersedia ke suatu tahap yang lebih tinggi lagi agar dapat mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.

Dua pendekatan ini akan dijadikan kerangka besar bagi melaksanakan 6 teras strategik yang telah dikenal pasti, iaitu;

1. Teras Pertama – Membina Negara Bangsa

2. Teras Kedua – Membangunkan Modal Insan

3. Teras Ketiga – Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

4. Teras Keempat – Merapatkan Jurang Pendidikan

5. Teras Kelima – Memartabatkan Profesion Keguruan

6. Teras Keenam – Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

(Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010)

· Dalam PIPP, Teras Pertama dan Ketiga merupakan teras penting dalam menjadikan pendidikan agen penjana perpaduan. Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Matlamat PIPP dalam Membina Negara Bangsa ialah melahirkan pelajar yang memiliki jati diri, patriotik, bermoral, berpegang teguh kepada ajaran agama, penyayang, demokratik, liberal, berbudaya saintifik dan hidup bersatu padu.

· Dalam Teras Pertama ini, fokus akan diberikan untuk membina sebuah Negara Bangsa Malaysia yang bersatu padu, bersikap patriotik, berbangga dengan identiti nasional, mencintai dan menghargai seni warisan bangsa, serta memahami inti pati dan kehendak pendekatan Islam Hadhari, dan bagi umat Islam untuk mereka mempraktikkan pendekatannya di dalam kehidupan seharian mereka.

Dalam usaha meneruskan misi nasional melalui PIPP ini, bahasa perantara merupakan elemen yang amat penting digunakan. Bahasa Malaysia telah diangkat dalam mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya menyatukan ras dan etnik di Malaysia.Bahasa Malaysia sebagai wahana untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan menjadi cabaran negara dalam usaha mencapai matlamat wawasan 2020.

Seluruh warga pendidikan harus menyedari akan peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan dalam mengukuhkan perpaduan rakyat daripada pelbagai kaum. Jelaslah bahawa peranan bahasa Malaysia sebagai alat perpaduan rakyat menjadi lambang kemerdekaan yang hakiki. Lantaran itu, pelajar-pelajar mesti menggunakan bahasa Malaysia dalam setiap urusan tanpa mempunyai rasa rendah diri kerana bahasalah cerminan sesebuah negara.

· Dalam Teras Ketiga, iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, fokus akan diberikan kepada usaha untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan, yang merupakan sekolah aliran perdana, kekal sebagai pilihan utama masyarakat agar perpaduan kaum dapat disemai sejak peringkat awal persekolahan tanpa perlu menyekat dan menghalang kewujudan sekolah-sekolah aliran lain.

Berdasarkan Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 pula KPM juga tidak mengabaikan pembangunan pendidikan anak-anak yang bersekolah di SJKC, SJKT dan Sekolah Agama Rakyat serta Sekolah Agama Negeri. Oleh kerana menyedari kepentingan pendidikan aliran lain sebagai asas perpaduan dan pembangunan ekonomi negara, YB Menteri Pelajaran berserta Timbalan Menteri Pelajaran telah pun berjaya menempatkan semula 9 buah SJKC di kawasan yang padat dengan masyarakat Cina serta meluluskan permohonan pembinaan dua buah SJKC baru.KPM juga telah memperakukan ubah suai/naik taraf beberapa SJKT di seluruh negara.

Selain itu, KPM juga telah memperlihatkan kejayaan dalam usaha mendaftar Sekolah-sekolah Agama Rakyat /Negeri dengan KPM yang dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Sekolah-sekolah ini akan mendapat semua kemudahan seperti yang diperoleh oleh sekolah bantuan kerajaan yang lain seperti guru-guru terlatih, emolumen guru, PCG murid dan peruntukan pengurusan. Sehingga ini, sebanyak 119 buah sekolah agama rakyat /negeri di seluruh negara telah pun mendaftar sebagai SABK dan seramai 4545 guru sekolah-sekolah tersebut telah diserap sebagai kakitangan kerajaan dan mendapat gaji berdasarkan skim pendidikan yang sedia ada. Manakala bilangan murid yang mendapat kemudahan pendidikan ialah seramai 29597 orang termasuk peringkat rendah dan menengah.

0 comments: